Skim DH Pensyarah Politeknik, Kolekj Komuniti KPTM

Skim DH 41. Perincian nya keluar semalam.

A) Matrik gaji sebijik macam DG (Guru). Cuba
bandingkan matrik gaji dengan skim siswazah yang lain
i) DS 41
ii) F 41
iii) S 41
iv) U 41

ada perbezaan? nanti nak cari.

B) Waktu kerja rasmi 8pg-5ptg.
- DG keje tak le sampai petang.

c) Jumlah Jam mengajar 16 jam (keje2 AJK-AJK kecil, Pengkeranian, dsbnya tak tahu masuk dalam jam ke tidak, dapat point prestasi atau tidak)
D) Ada Master naik terus ke P1 T8 – ala..dah lama dah aku dah P1 T11. Yang dah lepas T8? Tak de apa2 ertinya.
E) Accounting as usual T10 starting. kalau ada Master pun tak guna sebab master naik ke T8 gak.(Macam D.)
F) Untuk bagi menarik- dapat le satu anjakkan untuk sapa memilih skim ni tahun depan kalau aku dapat le naik T12 (sebab
pilih skim ni)dan kemudian naik T13 (kenaikan gaji bulan 1)-Itu yang aku paham la.
G) Sapa la gamaknya org Poli yang buat perician ni?

? Kesatuan DH ni kuat ke nak memperjuangkan DH

 

6 Comments

  1. Assalamualaikum…

    Nak tambah komen pasal DH ni..

    Selepas baca pekeliling tu, kesimpulan yang boleh di buat ialah DH ini lebih menguntungkan staff yang baru. Bagi staff yang lama hanya satu kenaikan tangga gaji je.

    Time Based dah tak ada, yang dah cukup 10 tahun, tahun depan melepaslah nak dapat 44. Bagi staff diploma pulak bila sambung degree ada peluang dapat 42, jika dia baru kerja 3 tahun kemudian dapat sambung belajar lepas 3 tahun balik semula dapat 42, dia akan jadi senior dari banyak-banyak senior yang masih 41, adil ke? sedangkan dia baru je dapat degree.

    Bagi staff baru yang ada sarjana akan dapat terus P1T8, jadi dari segi perbandingan perkhidmatan walaupun dengan senior yang dah 10 tahun kerja tapi perbandingan gaji hanya lebih kurang 6 tangga gaji sahaja seolah-olahnya beza hanya 6 tahun perkhidmatan.

    Nampak sekilas pandang lebih untung di bawah skim DG, sekarang ni pun di sekolah bagi cikgu yang mengajar tingkatan 6 ada peluang untuk dapat 48. Persatuan Guru-guru lebih kuat berbanding dengan politeknik, nampak macam tak ada persatuan langsung.

    Bagi staff yang dah lama jomlah kita pakat-pakat gi sekolah.

  2. DS41 mana ada??? DS45 ada ler…

    Semua DS, F, S, U, J, dll keje sampai kul 5ptg…

    Cikgu tu lain ler… Nampak mmg mcm habis kul 2ptg, tp kalo ada koku… sampai ke petang gak…

  3. itu kalo ade..kalo tak de boleh balik kul 2ptg kan… Yang DH ni dah tetap kena balik kul 5 tiap2 hari. Gaji same dgn DG. Simple thinking…

  4. Matrik gaji DH sama sebijik dengan DG bezanya:-

    - waktu kerja bertambah sampai pukul 5
    - cuti semakin kurang

    politeknik ni upgrade ke downgrade?

  5. kena baca balik circular/pekeliling tahun 2005… nanti jumpa jawapannya kenapa menguntungkan staff baru dan staff lama tak begitu terasa (ada kenaikan tapi sedikit) … :)

  6. Salam… dah terang lag bersuluh, bilaman orang yang terlibat sebagai pembuat keputusan dan pembuat dasar tidak boleh menjelaskan HALA TUJU jppkk YANG TAK TENTU HALA. Ini adalah jawapan yang diberikan dalam satu sesi siri dailog dgn staf politeknik yang baru lalu…jelas tidak ada perancangan, dasar tak jelas, boleh diumpamakan sebagai ‘ Seorang pensyarah yg ego ,yg tak dapat menjawab persoalan dari pelajarnya, tetapi memarah kepada pelajar kerana bertanya soalan yang susah’. JPPKK kalau mengikut ungkapan yang biasa diutarakan kepada pensyarah politeknik supaya membuat perancangan strategi sebelum sesuatu program dijalankan..tp pengurusan JPPKK cakap tak serupa bikin…

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.